BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday 15 June 2011

Penggunaan ICT dalam P&P

Penggunaan ICT dalam P&P ataupun dikenali sebagai pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang, bersesuaian dan berfikrah untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.

Menggunakan ICT dalam P&P
  • Tutorial
  • Penerokaan (eksploratori)
  • Aplikasi
  • Komunikasi
Syarat untuk memanfaatkan ICT dalam P&P
  • ICT dalam P&P dirancang dengan baik bukan secara "bidan terjun"
  • Penggunaan ICT bersesuaian dengan kurikulum dan menyokong pendekatan P&P
  • Perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh digunakan dalam aktiviti pembelajaran
ICT dalam pembelajaran tutorial

ICT digunakan untuk menyampai kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi:
  • Pembelajaran ekspositori
  • Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem
  • Latihan atau latih tubi yang disampaikan dan dikawal oleh sistem

Kebaikan ICT dalam Pembelajaran
  • Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
  • Meningkatkan motivasi
  • Membolehkan pembelajaran bersendiri
  • Murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
  • Suasana pembelajaran yang menyeronokkan 
  • Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
ICT untuk Pembelajaran  Penerokaan

Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk:
  • mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROOM, internet, gerbang maklumat dll.
  • mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomenasecara simulasi
  • melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid
  • perbezaan- pembelajaran penerokaan murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT manakala Pembelajaran Tutorial hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem (guru)
ICT sebagai alat aplikasi

ICT dikatakan alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p. Penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf.

ICT sebagai alat pemudah komunikasi

ICT digunakan sebagaia alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Contohnya:
  • Teks
  • Grafik
  • Audio
  • Video
  • Kombinasi pelbagai mod
daripada:
UNIT TEKNIK DAN VOKASIONAL (VOTEK)
Jabatan Pendidikan Terengganu

Sunday 12 June 2011

ICT dalam Pengajaran & Pembelajaran

 Apakah yang anda semua faham tentang penggunaan ICT dalam pengajaran? Secara ringkasnya ICT adalah singkatan daripada perkataan English iaitu Information and Communication Technology yang bermaksud Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Jadi ICT dalam Pengajaran adalah berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran.

MAKSUD PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)


Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT.


MANFAAT ICT DALAM PEMBELAJARAN


Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:
• berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
• memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan
• meningkatkan motivasi murid
• membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning )
• membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
• membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul
• mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
• membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal,mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa
• meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
• memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima
• meningkatkan kemahiran ICT


SYARAT UNTUK MEMANFAAT ICT DALAM P&P

Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P, perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian:• Pengunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum
• Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan P&P
• Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai


KEFAHAMAN KONSEP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERASASKAN MOD


Mod atau pendekatan yang diperkenalkan untuk integrasi ICT dalam P&P merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru – guru mengaplikasikan satu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancang. Konsep penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategori sebagai :a) Tutorial
b) Aplikasi
c) Penerokaan ( Eksploratori )
d) Komunikasi


Sumber :
http://www.afiffuddin.com/info-terkini/ict-dalam-pengajaran-penggunaan-ict-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran

Wednesday 8 June 2011

my CLASS

Salam...kawan-kawan, followlah saya....http://saniscahanis.blogspot.com