BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday 15 June 2011

Penggunaan ICT dalam P&P

Penggunaan ICT dalam P&P ataupun dikenali sebagai pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang, bersesuaian dan berfikrah untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.

Menggunakan ICT dalam P&P
  • Tutorial
  • Penerokaan (eksploratori)
  • Aplikasi
  • Komunikasi
Syarat untuk memanfaatkan ICT dalam P&P
  • ICT dalam P&P dirancang dengan baik bukan secara "bidan terjun"
  • Penggunaan ICT bersesuaian dengan kurikulum dan menyokong pendekatan P&P
  • Perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh digunakan dalam aktiviti pembelajaran
ICT dalam pembelajaran tutorial

ICT digunakan untuk menyampai kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi:
  • Pembelajaran ekspositori
  • Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem
  • Latihan atau latih tubi yang disampaikan dan dikawal oleh sistem

Kebaikan ICT dalam Pembelajaran
  • Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
  • Meningkatkan motivasi
  • Membolehkan pembelajaran bersendiri
  • Murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
  • Suasana pembelajaran yang menyeronokkan 
  • Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
ICT untuk Pembelajaran  Penerokaan

Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk:
  • mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROOM, internet, gerbang maklumat dll.
  • mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomenasecara simulasi
  • melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid
  • perbezaan- pembelajaran penerokaan murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT manakala Pembelajaran Tutorial hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem (guru)
ICT sebagai alat aplikasi

ICT dikatakan alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p. Penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf.

ICT sebagai alat pemudah komunikasi

ICT digunakan sebagaia alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Contohnya:
  • Teks
  • Grafik
  • Audio
  • Video
  • Kombinasi pelbagai mod
daripada:
UNIT TEKNIK DAN VOKASIONAL (VOTEK)
Jabatan Pendidikan Terengganu

1 comments:

Hazrick S210068 said...

Memang seronok bermain ngan peralatan ICT dan gajet- gajet terbaru ni, tapi masalahnya kemudahan peralatan ICT di sekolah tidak up to date. Semua alatan yg org dah tak guna lagi masih ada disekolah. Mungkin buleh buat muzium ICT kat sekolah nanti.