BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, 11 July 2011

Petua Awek Muda menurut Islam

Di sini ingin berkongsi dengan kalian semua petua "Awek Muda".. bukan apa untuk kesihatan dan kecantikan diri kita jugak kan.~ngee
Selalunya bangun pagi muka kita akan berminyak kan?? so marilah kita sama-sama ikut petua nie..

t.kasih en. google


Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.
Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat tahajud.
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur.

8 comments:

sweety_nur said...

Marilah kita sama-sama amalkan petua nie..mudah-mudahan berkesan nanti...

cikgu faiz said...

info yang sangat berguna dan tahniah..cantik blog

zaleha210488 said...

info yang sangat baik..tahniah k.anis berjaya mencipta blog yang menarik,,

Hairnaney210063 said...

blog yg sgt menarik,cantik..info pun bagus,Tahniah..

Rafidah said...

Tahniah kak....petua yang berguna....i like

upinipin said...

tahniah..blog cantik la..kira ok la ni.followers pun dah banyak sgt dah.sy x cukup folowers lg.senyum itu ubat awet muda..jom ke blog sy yg x seberapa ni.tq

SITI ZAMRAH AHMAD said...

Mudah-mudahan berkat guru-guru yang mengajar, ramai akan jadi doktor.

Murni Delights said...

salam perkenalan, info yang menarik..he..he thanks 4 sharing